Saturday, March 14, 2009

~hilang tension~

Seorang lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan menanyakan kepada penyambut tetamu apakah bilik no. 27 ada pesakitnya.

Penyambut tetamu tersebut lalu memeriksa bilik tersebut, dan segera kembali menyambung panggilan telefon dan memberitahu lelaki tersebut bahawa bilik no. 27 itu kosong.

¿Bagus sekali!¿ kata lelaki tersebut.
¿Ini bererti aku sudah betul-betul berhasil melarikan diri!¿

--------------------------

Seorang kaya bersiar siar dalam sebuah kampung. Lalu tersempak laa dengan sekeluarga miskin yang sedang memakan rumput¿

Org Kaya : Kenapa kau makan rumput ?

Org Miskin : Aku makan rumput kerana aku terlalu lapar.

Org Kaya : Sedap ke makan rumput ni ?

Org Miskin : Setelah tak makan seminggu, rumput inilah makanan paling sedap.

Org Kaya : Apa kata kalau kamu ikut aku ke rumahku. Aku belanja kamu makan besar.

Org Miskin : Betul ke ni Org Kaya ? Boleh ke aku bawa keluarga aku bersama ?

Org Kaya : Boleh. Lagi ramai lagi bagus !

Org Miskin : Terima kasih wahai Org Kaya. Tapi makanan cukup ke untuk kami sekeluarga yang ramai ni ?

Org Kaya : Gerenti cukup ! Rumput lalang kat rumah aku tu lebih dua meter tinggi nye !

------------

Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.

Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.

¿Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast¿, kata pelancong Jepun tadi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.

¿Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast¿, kata pelancong Jepun tu lagi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.

¿Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast¿, kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.

Sampai di lapangan terbang¿..ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..

¿RM100 please¿¿ kata pemandu teksi selamba.

¿What? RM100? it¿s not that far from the hotel?¿, pelancong tu tak puas hati.

¿Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast¿, jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.

No comments: