Saturday, March 14, 2009

~seram sejuk~

Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dapat dilupakan oleh penulis sepanjang hidupnya! Pesanannya, Hati2lah bila masok ka tandas dan pandang sekeliling dan baca doa masuk tandas supaya anda tidak mengalami apa yg beliau alami.Malam itu, malam minggu. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarangkan jenayah.Peristiwa ini terjadi di Balai Polis Batu Kikir. Pada hari tu aku baru balik dari rumah mayat Hospital Besar utk mengenal pasti satu mayat yang menurut doktor rumah mayat, adalah Manisah, seorang perempuan yang kurang siuman yang dilaporkan hilang 7 hari lepas. Memang betul tu lah dia, menurut gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yang melaporkan kehilangan Manisah kelmarin. Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat. Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. "Apa lah nasibku ini," aku mengeluh...Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja juga. Sarjan Hassan terpaksa mengambil cuti tergempar kerana kekasihnya sakit teruk. Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak.Sampai jer di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air tu kosong, sebab hanya 3 orang jer yang bertugas malam tu. Kedua-dua rakan sekerja yang bertugas keluar menghadiri kes. Aku pun melucutkan pakaianku, terus membuka air panas dan membiarkan air itu menbasahi seluruh rambut dan badanku...Tiba-tiba, terdengar bunyi yang aneh, "Pssssttttt. "Mula mula, aku fikir salah seorang dari kedua rakanku itu dah balik ke balai dan mungkin ada di kamar mandi.Aku pun menjerit "Hei Dol, kau ke tu ?" tapi tak ada jawapan.Aku pun sambung menggosok gosok sabun ke seluruh badanku.. Kurang dari 3 minit kemudian, bunyi tu ada lagi " Psssssssttttt" . Tetapi kini, diikuti dengan bau wangi, seperti bunga mawar. Dentuman hatiku terus pantas, dan perasaan takut menyelubungi ku. Aku pun bergegas mengosokkan sabun yang masih ada di tubuhku, ambil tuala dan mengelap seluruh tubuh. Setelah menyarung seluar, aku mencapai baju dan terus membuka pintu.Tiba-tiba, didepan muka ku, bunyi itu datang lagi, kini lebih kuat "PSSSSTTTTTT" ............ diiringi bau wangi yg menusuk hidungku...Aku terpaku, tidak bergerak seketika... bulu2 roma ku mula naik dan tidak semena2 badan ku terasa sejuk├ó¿¦..ku pandang ke tepi, ke belakang dan ke bawah tetapi tiada apa pun yang ku nampak lalu ku lihat ke atas dan dari pandangan sisi tepi mata kelihatan ada sesuatu di atas tepi dinding bilik air dan ?????

den pon tergolak sorang2

"Cilako punyo porfume dispenser" buat den suspend yorrrrr...

~hilang tension~

Seorang lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan menanyakan kepada penyambut tetamu apakah bilik no. 27 ada pesakitnya.

Penyambut tetamu tersebut lalu memeriksa bilik tersebut, dan segera kembali menyambung panggilan telefon dan memberitahu lelaki tersebut bahawa bilik no. 27 itu kosong.

¿Bagus sekali!¿ kata lelaki tersebut.
¿Ini bererti aku sudah betul-betul berhasil melarikan diri!¿

--------------------------

Seorang kaya bersiar siar dalam sebuah kampung. Lalu tersempak laa dengan sekeluarga miskin yang sedang memakan rumput¿

Org Kaya : Kenapa kau makan rumput ?

Org Miskin : Aku makan rumput kerana aku terlalu lapar.

Org Kaya : Sedap ke makan rumput ni ?

Org Miskin : Setelah tak makan seminggu, rumput inilah makanan paling sedap.

Org Kaya : Apa kata kalau kamu ikut aku ke rumahku. Aku belanja kamu makan besar.

Org Miskin : Betul ke ni Org Kaya ? Boleh ke aku bawa keluarga aku bersama ?

Org Kaya : Boleh. Lagi ramai lagi bagus !

Org Miskin : Terima kasih wahai Org Kaya. Tapi makanan cukup ke untuk kami sekeluarga yang ramai ni ?

Org Kaya : Gerenti cukup ! Rumput lalang kat rumah aku tu lebih dua meter tinggi nye !

------------

Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.

Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.

¿Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast¿, kata pelancong Jepun tadi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.

¿Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast¿, kata pelancong Jepun tu lagi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.

¿Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast¿, kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.

Sampai di lapangan terbang¿..ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..

¿RM100 please¿¿ kata pemandu teksi selamba.

¿What? RM100? it¿s not that far from the hotel?¿, pelancong tu tak puas hati.

¿Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast¿, jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.

Sunday, February 22, 2009


Di atas titian yg paling menarik...
nsb baek la takde sapa yg jatuhhhh...hahahaha...
4 dara di ladang tebu